Suriname Business Daily
SEE OTHER BRANDS

Fresh business and economy news from Suriname

Altezza Travel dan sekumpulan Saintis Menemui Katak yang Hidup pada Altitud Tertinggi di Afrika semasa ekspedisi di Gunung Kilimanjaro

MOSHI, Tanzania, July 08, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Para penyelidik telah menemui spesies katak yang hidup pada altitud tertinggi di Afrika, iaitu di Gunung Kilimanjaro pada altitud 4,000 meter. Penemuan yang dibuat oleh Altezza Travel semasa pendakian pada Jun 2024 telah mencetuskan satu kajian saintifik untuk menentukan sama ada katak-katak tersebut merupakan spesies baharu atau sebenarnya spesies yang sudah dikenali tetapi hidup pada altitud yang jauh lebih tinggi daripada yang pernah disangka. Sehingga waktu itu, para saintis percaya bahawa tiada spesies katak yang mampu hidup melebihi ketinggian 3,000 meter di Afrika.

Penemuan tersebut pada awalnya dilaporkan kepada Institut Penyelidikan Hidupan Liar Tanzania (TAWIRI) dan satu ekspedisi telah dilancarkan untuk menjalankan siasatan lanjut. Profesor Alan Channing, pakar amfibia dari Universiti North-West di Afrika Selatan, mengesahkan bahawa sebelum ini tiada spesies katak pernah ditemui pada altitud setinggi itu di Afrika.

Pada 20 hingga 25 Februari 2025, satu pasukan penyelidik telah meneroka sistem sungai di Gunung Kilimanjaro pada ketinggian antara 3,500 hingga 4,000 meter (11,500–13,100 kaki). Pasukan penyelidik berjaya mengesan katak-katak tersebut dan memperoleh sampel DNA untuk dianalisis di makmal. Ujian yang dijalankan di Afrika Selatan mendedahkan bahawa katak-katak tersebut tergolong dalam spesies Amietia wittei, menunjukkan bahawa spesies ini mampu hidup pada altitud yang jauh lebih tinggi daripada yang direkodkan sebelum ini. Maklumat lanjut tersedia dalam kajian Profesor Channing.

Altezza Travel membiayai sepenuhnya dan mengatur keseluruhan ekspedisi tersebut, termasuk kos pensampelan DNA, ujian makmal serta pengangkutan antarabangsa untuk pasukan penyelidik. Syarikat itu turut menyediakan sokongan logistik, termasuk pemandu arah, porter, bekalan makanan dan tangki oksigen bagi menghadapi persekitaran altitud tinggi. Segala butiran terkandung dalam laporan ekspedisi yang baru-baru ini dikeluarkan oleh syarikat tersebut.

Para saintis telah menyuarakan kebimbangan terhadap pelbagai ancaman yang mungkin menjejaskan kelangsungan hidup katak-katak tersebut, termasuk pencemaran air akibat bahan pencuci yang digunakan oleh porter di Gunung Kilimanjaro, pengurangan sumber air akibat perubahan iklim serta ancaman pemangsa seperti burung. Kajian lanjut diperlukan untuk memahami kesan faktor-faktor ini dan membantu merangka usaha pemuliharaan yang lebih berkesan.

"Penemuan ini menyerlahkan betapa pentingnya ekosistem Gunung Kilimanjaro yang rapuh serta keperluan untuk pengurusan alam sekitar yang bertanggungjawab," kata Dmitrii, salah seorang ahli pasukan ekspedisi. "Kami berharap penyelidikan ini akan menyumbang kepada strategi pemuliharaan yang lebih menyeluruh di rantau ini, serta mendorong kajian lanjut berkaitan topik ini. Sepanjang perjalanan ini, kami berandaian bahawa katak-katak ini mungkin hidup pada altitud yang lebih tinggi, namun ketiadaan sungai di atas 4,050 meter berkemungkinan besar mengehadkan habitat mereka."

Perihal Altezza Travel:
Altezza Travel merupakan pengendali utama pendakian Gunung Kilimanjaro yang komited terhadap pelancongan lestari dan pemeliharaan alam sekitar. Syarikat itu kerap bekerjasama dengan penyelidik dan aktivis pemuliharaan untuk melindungi warisan semula jadi Tanzania.

Untuk Pertanyaan Media:
press@altezza.travel
https://altezzatravel.com/

Multimedia yang mengiringi pengumuman ini tersedia di:
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/54b47e23-d0b6-4113-a641-1dec2635b53c
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/60f5775e-3581-4210-8a5e-aa94af5614a9
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/56440875-7da4-4a93-a189-fde8b5d784c7


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms of Service